Selamat datang ke tapak blog Dunia Sains dan Teknologi. Saya Tan Teong Lai (nombor matrik: D20112053030), penuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris secara jarak jauh.
Blog ini disediakan sebagai satu transformasi dalam strategik pengajaran dan pembelajaran bagi menyesuaikan arus perkembangan sistem pendidikan terkini dimana pendekatan mengintegrasikan unsur TMK dalam pengajaran dan pembelajaran diberi penekanan. Murid-murid telah dilibatkan untuk mengulang kaji pengajaran, berbincang dan menyumbang idea dalam blog serta ditaksir melalui latihan dalam kuiz secara talian yang disediakan.
Gambaran perancangan sesi pengajaran ini diharapkan dapat memberi sedikit idea kepada rakan-rakan sekerja yang lain agar dapat sama-sama berusaha ke arah peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan murid-murid.
Ringkasan pelaksanaan sesi pengajaran ini adalah seperti berikut:
Ringkasan pelaksanaan sesi pengajaran ini adalah seperti berikut:
1) pengajaran secara kontruktivisme dengan powerpoint sebagai pendedahan awal topik
muat turun bahan slaid
2) murid-murid diminta melayari blog ini kemudian:
a) membaca artikel dalam muka Bahan Pengajaran
b) menyumbang idea dan melibatkan diri dalam perbincangan di Perbincangan Murid
3) lembaran kerja disediakan sebagai latihan individu dan tugasan perbincangan kumpulan
latihan individu digunakan semasa P&P manakala tugasan kumpulan diedarkan pada akhir
sesi pengajaran dan murid-murid dikehendaki menyediakan slaid powerpoint dan dimuat
naik ke dropbox.
4) penaksiran diadakan melalui tapak webservice QuizStar
Pengajaran dengan powerpoint lebih menarik minat murid-murid daripada pengajaran secara "Chalk and Talk" sahaja. Murid-murid dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya melalui perbincangan. Gambar-gambar dalam powerpoint samgat menarik dan isi penting dipaparkan dengan jelas akan memudahkan murid-murid memahami tentang isi kandungan tajuk yang dipelajari. Lembaran kerja juga dapat mengukuhkan ilmu murid-murid. Di samping itu, guru telah menerapkan kemahiran TMK dalam pengajaran Sains. Pada pendapat saya, perancangan sesi pengajaran yang diperkanalkan ini adalah sesuai dan patut dicontohi oleh guru-guru lain.
回复删除Minat belajar murid-murid akan tertarik oleh gambar-gambar tersebut.
删除